Wednesday, March 9, 2011

Pertandingan Bola Sepak Sekolah Rendah Zon B Kinta Utara

Perlawanan sengit menentang SR Al Ummah Chemor bagi menentukan tempat ke 3 dan 4 yang berkesudahan seri 5-5
Penjaga Gol sekolah kita telah bermain cemerlang menyelamatkan asakan lawan.
Tendangan penalti penyerang kita gagal diselamatkan penjaga gol lawan
3 Pasukan yang menang: Johan SK Jelapang (kanan) Kedua SK St Micheal 2 (tengah) dan Ketiga SK Jln Panglima Bukit Gantang (Kiri)    

Monday, March 7, 2011

Taklimat Persatuan Pengguna FOMCA

Murid-murid dan guru-guru sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil FOMCA
Wakil FOMCA sedang menyampaikan taklimat mengenai aktiviti FOMCA
Satu taklimat mengenai kesedaran pengguna dan aktiviti-aktiviti kepenggunaan telah diadakan di Dewan SK Jalan Panglima Bukit Gantang pada hari Selasa 8 Mac 2011. Taklimat dihadiri oleh murid-murid Tahun 4 dan 5 serta guru-guru. Semoga murid-murid sekolah ini akan menjadi pengguna yang bijak dan tahu menggunakan hak-hak mereka sebagai pengguna. Terima kasih kepada FOMCA kerana telah mengadakan taklimat yang bermanfaat ini.

Persaraan Ketua Pembantu Tadbir SK Jln Panglima Bukit Gantang

Guru-guru berpeluk dan bermaafan sebelum berpisah dengan Pn Sam
Murid-murid bersalaman dengan Pn Sam yang banyak membantu
Pn Sam yang sentiasa senyum, sihat dan ceria
Majlis persaraan Pn Sam atau nama penuhnya Pn Lai Soo Yeng telah diadakan di Dewan Terbuka sekolah pada hari Jumaat 4 Mac 2011 yang lalu setelah beliau berkhidmat selama 34 tahun 6 bulan dalam perkhidmatan awam. Pn Sam pernah berkhidmat di sekolah ini pada 1.12.1984 dan sekali lagi bertukar ke sekolah ini pada 3.8.2009 sehingga beliau bersara di sekolah ini juga. Sehari sebelum persaraannya, Pn Sam telah diraikan dalam majlis minum petang di Restoran Laksamana Cheng Ho yang turut dihadiri oleh YDP PIBG Tn Dr Hj Nordin Hj Surat dan bekas guru Pn Irene. Semoga Pn Sam terus sihat, panjang umur dan riang gembira bersama keluarga tercinta..
Cikgu Irene dan Pn Sam yang sama-sama diraikan
Turut diraikan dalam majlis tersebut ialah pertukaran Pn Irene yang telah berkhidmat selama 20 tahun di sekolah ini. Segala jasa dan pengorban Pn Irene yang sangat gigih dan rajin dalam mendidik anak-anak murid di sekolah ini akan sentiasa dikenang. Semoga cikgu lebih cemerlang lagi di sekolah baru.
"Selamat Hari Lahir Cikgu-Cikgu"
Sambutan hari lahir guru-guru yang lahir dalam bulan march juga turut sekali diadakan. Semoga cikgu-cikgu semua sihat , ceria, panjang umur dan dilimpahi rezeki yang berkat. "Selamat Hari Lahir Cikgu".