Blog dari Guru Besar kepada semua guru, staf sokongan, ibubapa/penjaga dan murid-murid sebagai saluran komunikasi dan maklumat untuk dikongsi bersama demi kecemerlangan SK Jln Paglima Bukit Gantang, Ipoh
Tuesday, February 22, 2011
Sejarah Dan Latarbelakang SK Jln Panglima Bukit Gantang
Dibuka pada tahun 1940 dengan nama Douglas Road School. Kawasan sekolah seluas 4 hektar terletak bersebelahan dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) di tengah Bandaraya Ipoh. Bermula dengan seramai 269 murid, kini bilangan murid telah menjangkau 466 orang termasuk 50 orang murid prasekolah. Seramai 39 orang guru berkhidmat di sekolah ini dengan dibantu oleh 7 orang kakitangan sokongan, 4 orang pekerja pembersihan kontrak dan 2 orang pengawal keselamatan kontrak. Sejak penubuhannya, sekolah ini telah ditadbir oleh 20 orang Guru Besar. Mulai 1/11/2011 sekolah ini mula dipimpin oleh Dr Saparudin Bin Ahmad sebagai Guru Besar ke 21. Semoga sejarah kegemilangan sekolah ini akan terus terukir seterusnya berjaya melahirkan insan-insan cemerlang yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment