Thursday, February 24, 2011

Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah

Majlis Sambutan MaulidurRasul s.a.w peringkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat 25/02/2011 di Dewan Terbuka SKJPBG dari jam 7.30 pagi hingga 10.00 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Dr.Saparudin Bin Ahmad. Majlis turut diserikan dengan bacaan doa, selawat beramai-ramai, tayangan video Jejak Rasul dan Kuiz Jejak Rasul. Tahniah kepada semua murid yang telah mendapat hadiah kuiz dan Panitia Pendidikan Islam yang telah menjayakan majlis tersebut.Semoga semua pihak yang telah meraikan majlis ini mendapat rahmat, keberkatan dan syafaat Nabi di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment