Thursday, February 24, 2011

Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah

Majlis Sambutan MaulidurRasul s.a.w peringkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat 25/02/2011 di Dewan Terbuka SKJPBG dari jam 7.30 pagi hingga 10.00 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Dr.Saparudin Bin Ahmad. Majlis turut diserikan dengan bacaan doa, selawat beramai-ramai, tayangan video Jejak Rasul dan Kuiz Jejak Rasul. Tahniah kepada semua murid yang telah mendapat hadiah kuiz dan Panitia Pendidikan Islam yang telah menjayakan majlis tersebut.Semoga semua pihak yang telah meraikan majlis ini mendapat rahmat, keberkatan dan syafaat Nabi di akhirat nanti.

Tuesday, February 22, 2011

Program Permuafakatan Bestari 2011

SK Jln Panglima Bukit Gantang akan mengadakan Program Permuakatan Bestari 2011 anjuran bersama unit kaunseling SKJPBG dan PIBG.


Ojektif :
1. Memupuk kesedaran pada peringkat awal dalam kalangan ibubapa calon UPSR 2011 akan pentingnya memberi perhatian khusus kepada kemajuan anak-anak.
2. Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian calon UPSR 2011.

Tarikh : 26 hb Fedbuari 2011 (Sabtu)
Masa :  8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Terbuka Sekolah
Penceramah : En Ahmad B. Mat Abas Kaunselor Organisasi PPD Kinta Utara.

Tentatif Program :

7.30 pagi ; Perhimpunan murid-murid
7.40 pagi ; Pendaftaran Ibubapa/Penjaga murid Tahun 6
8.00 pagi ; Bacaan Doa
                 Ceramah Motivasi
10.00 pg : Jamuan Ringan
10.25 pg : Ucapan Guru Besar
10.30 pg : Aku Janji Calon UPSR 2011
12.00 tgh : Tamat

Semua Murid Tahun 6, Ibubapa / Penjaga Murid Tahun 6 dan guru-guru diwajibkan hadir.
Terima kasih.

Sejarah Dan Latarbelakang SK Jln Panglima Bukit Gantang

Dibuka pada tahun 1940 dengan nama Douglas Road School. Kawasan sekolah seluas 4 hektar terletak bersebelahan dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) di tengah Bandaraya Ipoh. Bermula dengan seramai 269 murid, kini bilangan murid telah menjangkau 466 orang termasuk 50 orang murid prasekolah. Seramai 39 orang guru berkhidmat di sekolah ini dengan dibantu oleh 7 orang kakitangan sokongan, 4 orang pekerja pembersihan kontrak dan 2 orang pengawal keselamatan kontrak. Sejak penubuhannya, sekolah ini telah ditadbir oleh 20 orang Guru Besar. Mulai 1/11/2011 sekolah ini mula dipimpin oleh Dr Saparudin Bin Ahmad sebagai Guru Besar ke 21. Semoga sejarah kegemilangan sekolah ini akan terus terukir seterusnya berjaya melahirkan insan-insan cemerlang yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.